Isnin, 26 November 2012


Catatan Seorang Pemerhati Terhadap PAS

Tulisan seorang pemerhati Muktamar Pas dari Singapura, Dr. Briget Welsh, Associate Proffessor of Political Science at Singapore Management University jelas menggambarkan api dalam sekam yang sedang membakar Pas (Lihat Lim Kita Siang for Malaysia).

Beliau menyebut Sayap Pemuda Pas yang menjadi protegees kepada Old Guard (ulama) yang mengancam kepimpinan progresif Pas dan dark forces menunggu kesempatan untuk kembali merampas kuasa. Mereka tidak pasti jalan progresif yang diambil oleh pimpinan baru Pas akan berjaya.

Beliau juga memberikan perhatian terhadap serangan yang dibuat oleh perwakilan terhadap suara parti Harakah kerana sikap bebasnya.

Apa yang disebutkan oleh Dr. Briget itu jelas dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas ke 53 bila Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad mengkritik Harakah dan portalnya HarakahDaily kerana didakwa melaga-lagakan pimpinan parti itu dan ini disokong pula oleh wakil Terengganu Azman Ibrahim yang berkata "Harakah sebagai suara yang memantau parti sudah tidak relevan lagi dan menjadi sebaliknya, kita tumpulkan senjata sendiri disaat berdepan peperangan pilihan raya."

Kebenaran persepsi ini jelas, apabila Harakah dan Harakahdaily tidak langsung menyiarkan hasrat ulama dan pemuda Pas yang mahukan Haji Hadi menjadi Perdana Menteri sebaliknya, Harakah cuba menyorok dan menidakkannya dengan menggembar-gemburkan Haji Hadi lebih bersedia untuk menjadi nelayan.

Adakah dalam keadaan akar umbi yang mahukan Hadi sebagai Perdana Menteri suatu langkah bijak Harakah memperkecilkannya?

Haji Hadi terpaksa mempertahankan Harakah untuk menunjukkan seolah-olah beliau masih menguasainnya, tetapi alasannnya dengan menyalahkan kerajaan Harakah menjadi demikian tidak relevan dengan teguran yang dibangkitkan kerana sekalipun hanya suara parti tetapi ia telah bebas untuk melampaui suara parti, malah memberikan tempat kepada anasir-anasir perosak perpaduan parti.

Bukankah ini yang dilakukan oleh Harakah terhadap Hadi sendiri dengan menonjolkannya hanya layak untuk menjadi nelayan.

Amat bodoh jika Hadi sendiri tidak sensitif kepada permainan politik ini.

Dr. Briget berkata "Some of the progressive have openly called for end to the ulama leadership of the parti." Tidakkah ini yang dilakukan oleh HarakahDaily?

Hadi nampak berhempas pulas untuk tidak mahu menampakkan kelemahannya sebagai pemimpin tertinggi, beliau tercepit antara ulama dan golongan progresif dan dalam keadaan ini kemalangan menimpanya satu demi satu menjelang Muktamar Pas dengan cabaran pluralisme dari anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, penyelewengan Harakah dan akhir sekali paling berat ialah Doa K.O meminta Piraun-piraun UMNO dimunsnahkan.

Perbuatan itu yang dilakukan oleh adik Nik Aziz yang mewakili golongan taksub dalam Pas bukannya membantu Hadi tetapi merosakkan Imej Hadi, mengingatkan kembali orang ramai terhadap Haji Hadi sebagai kepada Bapa Taksub yang memfatwakan kekufuran orang UMNO.

Haji Hadi mahu supaya imejnya ini dilupakan dalam keadaan beliau mahu menunjukkan diri sebagai pemimpin Order Baru Pas, sebagai pemimpin progresif .

Sesunguhnya tekanan yang dihadapi oleh Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 bukannnya datang dari luar tetapi dari dalam parti sendiri dan dari rakan-rakan parti Pakatan, dari kenyataan-kenyataan pluralisme agama, penyelewengan Harakah, Doa K.O, K.O yang besar kemungkinan akan membawa Pas kepada K.O. K.O.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan