Khamis, 13 Disember 2012

Kerana kuasa: PAS rebah dalam dakapan DAP




Setelah lebih 21 tahun melaksana dan mempertahankan peraturan pengasingan jantina di kedai gunting rambut, Kerajaan Pas Kelantan akhirnya 'mengalah' atas alasan mengambil kira pandangan semua pihak dan faktor pilihan raya yang semakin dekat.




Kerajaan PAS Kelantan menangguhkan penguatkuasaan syarat-syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu yang berkuat kuasa serta-merta, diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri hari ini sehingga kajian mengenainya selesai dijalankan.
NONE
Katanya dengan penangguhan itu semua kedai gunting rambut wanita dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tidak terikat dengan syarat-syarat di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT) tersebut.




Ditanya sama ada keputusan menangguhkan pelaksanaan penguatkuasaan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Takiyuddin berkata sudah pasti setiap tindakan ada kaitan dengan pilihan raya.

Akhbar baru-baru ini melaporkan keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Baharu, yang mendakwa disaman 11 kali oleh PBT sejak 2010 kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Akibatnya, beliau didenda RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting menghadapi perkara sama.

Tindakan kerajaan negeri itu turut dikecam Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilapor berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Apakah ini petanda para pemimpin PAS hanya pentingkan kuasa politik bila PRU13 semakin hampir. Dimana semangat ingin pertahankan Islam. Jika dengan UMNO mereka sanggup melaung dan melolong memaki hamun serta mengkafirkan saudara seagama, kini PAS seolah menikus bila berhadapan dengan DAP............
inilah akibatnya bila tongkat menjadi milik orang......

 FIKIRLAH WAHAI BANGSA SEAGAMA KU......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan