Ahad, 16 Disember 2012

Penghapusan Kaum Dalam DAP.





Kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan anggota jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) disingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung semalam.
Keputusan tersebut sekaligus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Zairil cuma memperoleh 305 undi manakala Lim meraih 1,576 undi.
Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.
Calon lain yang disingkir ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor (216 undi),  Senator Ariffin S.M Omar (748), Naib Pengerusi DAP Johor,Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).



WAJAH-WAJAH MELAYU YANG LUPA ASAL USUL


  
MELAYU hanya diperkuda oleh DAP........

SEDARLAH WAHAI MELAYU JANGAN GADAIKAN BANGSAMU DAN MASA DEPAN NEGARAMU....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan