Selasa, 16 Julai 2013

Perlukah Malaysia mempunyai rakyat sebegini?????

Isu penghinaan terhadap kesucian agama Islam yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini  sudah terlalu melampau.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pihak terbabit dihadapkan ke mahkamah.
“Dalam kes Alvin dan Vivian, SKMM sudah mengambil keterangan tetapi  kes ini harus ditangani mengikut Akta Hasutan atau di bawah Kanun Keseksaan bukan setakat Akta Komunikasi dan Multimedia.

Orang ramai mendesak pihak berkuasa dan kerajaan mengambil tindakan lebih tegas ke atas Alvin dan Vivian selepas pasangan tersebut memuat naik gambar yang mempersenda kesucian bulan Ramadan dan umat Islam.








Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemasalahannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar belitkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan (QS. An Nisa : 135)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan