Rabu, 5 Disember 2012

Anwar Ibrahim & Deepak Jaikishan Conspiracy Video To Attack Najib Razak ...



Video diatas merupakan satu rakaman sulit yang mana menjelaskan kepada kita bahawa Deepak Jaikinshan sebenarnya telah berjumpa dengan Anwar Ibrahim sebelum serangan ke atas Dato Sri Najib Tun Abdul Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor dilancarkan pada 27hb November lalu.

Deepak dijadikan Kambing hitam dan ini dapat dibuktikan apabila R.Sivarasa yang menjadi peguam kepada Deepak telah mengarahkan Deepak untuk menyebut nama Najib Razak dan Rosmah Mansor dalam perbicaraan kes saman beliau. R.Sivarasa yang mendapat arahan dari Anwar Ibrahim terus mendesak Deepak untuk menyebut nama PM dan Isteri dalam kes tersebut walaupun hakikatnya yang sebenar kes saman tersebut adalah melibatkan dua individu iaitu Deepak Jaikinshan dan juga Datuk Raja Ropiaah.

Deepak Jaikinshan yang kini menjadi kambing hitam Anwar Ibrahim telah dijanjikan untuk diberi bantuan keewangan bagi menyelesaikan tuntutan pihak Bank berjumlah RM 170 juta. Namun percayalah pada Gomo yang Anwar Ibrahim tidak akan menyelesaikan hutang Deepak kerana kita semua tahu bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang yang pembohong dan tidak pernah menyelesaikan janji yang beliau tabur.

R.Sivarasa yang juga merupakan Ahli Parlimen PKR merupakan peguam yang diarahkan oleh Anwar Ibrahim untuk mewakili Deepak dalam isu mahkamah menentang Datuk Raja Ropiaah. Dalam video tersebut kita sendiri dengar dengan jelas bahawa R.Sivarasa telah mengajar dan menyuruh Deepak untuk mengkaitkan nama Perdana Menteri dan Isteri dalam kes tersebut. Malah menurut Deepak R.Sivarasa tidak gembira dengan beliau apabila tidak menyebut nama PM dan Isteri ketika perbicaraan tersebut berlangsung.


Bukti sudah menjelaskan segala persepsi yang timbul sebelum ini mengenai Deepak. Video diatas sudah memberikan jawapan jelas kepada kita bahawa satu Konspirasi telah dirancang oleh Anwar Ibrahim dengan menjadikan Deepak sebagai kambing hitam. Anwar Ibrahim pastinya akan terus melarikan diri dari bukti yang ada sepertimana yang dinyatakan oleh Deepak dalam video sulit diatas. 
Yang pasti Anwar Ibrahim dan sekutunya dalam PKR merancang Konspirasi jahat ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan