Rabu, 5 Disember 2012

BN dan masa depan Kelantan





Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM263 juta sepanjang tahun ini untuk pembangunan luar bandar di negeri ini termasuk bantuan untuk pembinaan dan memperbaiki lebih 4,000 buah rumah rakyat termiskin.





Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, daripada peruntukan tersebut sebanyak RM13 juta adalah untuk projek membaiki dan membina rumah baharu tersebut manakala selebihnya adalah projek-projek pembangunan yang lain.

Beliau berkata, ia membuktikan bahawa Kelantan mendapat tumpuan daripada Kerajaan Pusat untuk pembangunan luar bandar.

"Sebanyak 4,549 rumah dibaik pulih dan 63 buah rumah adalah untuk pembinaan baharu yang melibatkan kos RM40,000 sebuah manakala baik pulih setiap rumah menerima RM3,000. "Mulai tahun depan, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM14 juta bagi memasang lampu jalan di setiap kampung di seluruh negeri ini. "Secara purata setiap kampung akan dipasang 14 lampu jalan dan bagi kampung yang sudah ada kemudahan itu, ia akan hanya ditambah. Ini bagi menceriakan kampung, menggiatkan ekonomi dan untuk mengurangkan kadar jenayah."

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pada masa sama pihaknya akan menyampaikan maklumat mengenai bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada penduduk agar tidak timbul persepsi negatif terhadap Kerajaan Pusat.

Katanya, masih terdapat suara sumbang mendakwa Kerajaan Pusat menganaktirikan Kelantan dan sehubungan itu pihaknya akan mengadakan siri penerangan ke seluruh negeri bagi memperjelaskan perkara sebenar termasuk isu air.

"Kita lihat di Kelantan walaupun banyak program dan projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat tetapi ramai lagi yang tidak mengetahuinya, malah ada yang terus menuduh Kerajaan Pusat menganaktirikan Kelantan. "Kita dapati di kampung-kampung, fitnah ini terus disebarkan, jadi kita cuba fikir kaedah baru yang kreatif dan inovatif untuk sampaikan maklumat kerana banyak maklumat yang tidak sampai ke bawah. Umpamanya bagaimana Kerajaan Pusat telah membantu menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini."

Persoalan apakah yang PAS telah lakukan selama 22 tahun untuk membantu rakyat Kelantan? Apakah cukup dengan kehebatan dipentas ceramah menfitnah sesama bangsa dan agama.

Kenapa Seorang Ulamak melihat Sebelah mata sahaja kami rakyat Kelantan???
Dimana duit hasil balak dan ladang rakyat..... apakah itu bukan hak kami.... ???

KAMI TIDAK RELA DITIPU LAGI, KAMI PILIH BN PADA PRU13 NANTI.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan