Rabu, 12 Disember 2012

DAP tidak setuju dengan Undang-undang PAS Kelantan



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan PAS Kelantan menyelesaikan segera isu penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu mengeluarkan saman bagi tingkah laku tidak senonoh ke atas empat orang bukan Islam baru-baru ini. Beliau berkata, kegagalan kerajaan PAS Kelantan menyelesaikan isu itu boleh menjejaskan mesej pakatan pembangkang dalam menghormati kebebasan beragama di negara ini selain berupaya merosakkan kerjasama yang wujud dalam pakatan pembangkang. “DAP mengambil berat laporan empat individu bukan Islam di Kota Bharu di saman pegawai penguatkuasa perbandaran bagi kelakuan sumbang. “Walaupun saman untuk “kelakuan sumbang”, tetapi musuh politik telah `menggunakan’ ia sebagai kes khalwat yang cuba mengenakan undang-undang Islam ke atas bukan Islam. Ini boleh melemahkan mesej pakatan pembangkang dalam menghormati kebebasan agama dan kerosakan kerjasama sedia ada dalam pakatan pembangkang,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Guan Eng seterusnya mendakwa, beliau telah menyatakan kebimbangan DAP mengenai isu berkenaan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang berjanji untuk menyelesaikan perkara tersebut. “Saya memberitahu beliau (Mustafa) tentang keperluan untuk melihat perkara ini secara serius untuk memastikan hubungan yang kukuh dalam pakatan pembangkang. “Saya juga telah mengarahkan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Liew Chin Tong untuk berkomunikasi dengan kepimpinan PAS mengenai isu berkaitan dakwaan orang bukan Islam tertakluk kepada undang-undang Islam,” dakwanya lagi.
Apakah mereka sehaluan dalam menentukan HUDUD PAS. Fikirkan wahai saudaraku......................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan